Tuesday, 8 May 2012

Sistem Bekalan Air Di Rumah


A = Paip perhubungan
B = Meter air
C = Kunci Paip
D = Paip Perkhidmatan
E = Tangki Simpanan Air
F = Paip Limpah
G = Paip Cuci
H = Mangkuk Tandas
I = Tab mandian
J = Paip Agihan
K = Pili
L = Paip Perkhidmatan
M = Sinki

Sistem bekalan air dirumah terbahagi kepada sistem terus dan sistem tidak terus .Bagi sistem tidak terus, air di bekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan terus ke kelengkapan perpaipan seperti sink cuci, tandas dan bilik air .Bagi sistem tidak terus pula, air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air sebelum diagihkan ke semua kelengkapan perpaipan di rumah


Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip


Fungsi paip dalam sistem bekalan air di rumah


a) Paip perhubungan ? menyalurkan bekalan air dari paip utama ke meter air
b) Paip perkhidmatan ? menyalurkan bekalan air dari meter air terus ke tangki simpanan air ke pili dapur
c) Paip agihan ? mengagihkan bekalan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan lain, seperti sink cuci, bilik air dan tandas
d) Paip limpah ? menyalurkan air keluar dari tangki simpanan jika injap bebola rosak
e) Paip cuci ? menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air semasa pembersihan dijalankan


Tangki simpanan air diperbuat daripada kepingan besi galvanic, gentian kaca dan poli . Jenis paip ialah paip besi bergalvani (BG), paip PVC (polyvinyl chloride) dan paip poli.
Penyambungan paip dilakukan untuk meyambung batang paip secara lurus atau untuk menukar arah batang paip

Antara jenis penyambung paip samada PVC. BG atau poli ialah soket, siku , tee, putting dan penyuai

Bahan pemasangan paip digunakan bersama penyambung paip untuk mengukuhkan sambungan dan mengelakkan kebocoran

Bahan pemasangan paip ialah pita poly tetra fluoro ethylene (PTFE), glu paip PVC serta sleeve dan gelang getah untuk paip poli. (Sumber: http://rahsia-e-jutawan.blogspot.com/2008/10/sistem-bekalan-air-di-rumah.html)

No comments:

Post a Comment